Sunday, March 14, 2010

Bahan api untuk kegunaan masa hadapan

Friday, 12 February 2010 23:01

Amalan memberikan subsidi bahan api adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan peningkatan kos harian. Biarpun begitu, amalan ini mendapat reaksi yang berbagai-bagai daripada beberapa pihak. Walau bagaimanapun, keadaan sebenarnya masih belum diperjelaskan.

Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), S. Piarapakaran berkata tumpuan perlu diberikan kepada krisis bahan api dan sumber tenaga masa hadapan. Ini bagi memastikan pembangunan lestari yang berterusan. Bahan api dan tenaga adalah perkara yang berkaitan dan tidak boleh dipisahkan.


Beliau berkata bahawa bahan api fosil di Malaysia akan kehabisan dalam masa yang singkat. Jika ini berlaku, apakah sumber bahan api untuk kegunaan masa hadapan?

Dalam Memorandum Tenaga dan Pengguna yang dihantar pada 28 September 2007 kepada Pejabat Perdana Menteri dan beberapa kementerian yang berkaitan, WECAM (yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar FOMCA) telah mengutarakan beberapa kaedah penyelesaian isu bahan api dan tenaga.

WECAM menekankan bahawa keutamaan perlu diberikan kepada keperluan untuk mencari bahan api dan tenaga alternatif. Kajian terhadap perkara ini perlu dilakukan yang teliti. Beliau juga meminta kerajaan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya monopoli, di samping mewujudkan mekanisme penguatkuasaan yang cekap dan berkesan.

Di kebanyakan negara maju, langkah awal yang dilakukan adalah mengurangkan peratus penggunaan bahan api yang besar bagi kenderaan persendirian. Ini dilakukan dengan mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisyen, yang menyepadukan semua jenis pengangkutan sebagai satu entiti.

S. Piarapakaran berkata, “Kita perlu memastikan bahan api pada masa hadapan memberikan impak yang minimum kepada alam sekitar. Tenaga solar dan bahan biojisim merupakan antara sumber yang boleh dikaji dan dibangunkan. Adalah penting untuk kita meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini supaya perkembangan dalam bidang ini tidak terputus di tengah jalan.”

WECAM juga mendapati bahawa teknologi kereta yang mesra alam tidak dibangunkan secara terbuka di dalam negara. Terdapat teknologi seperti kereta hibrid yang menggunakan separuh bahan api serta separuh lagi tenaga elektrik, kereta solar dan banyak lagi. Pembuat kereta tempatan sewajarnya berusaha untuk ‘menghijaukan’ teknologi mereka dan mempersiapkan rakyat Malaysia serta institusi mereka ke arah ‘masa hadapan yang hijau’.

Beliau juga berkata, “Kita boleh mengambil contoh beberapa buah Negara yang telah mencuba penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Umpamanya di Brazil, gas daripada biomas juga digunakan untuk kenderaan berat. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, sistem pengekstrakkan biogas daripada sisa pertanian, penternakan dan kumbahan perlu diceburi. Enjin yang cekap juga akan memastikan kecekapan dalam penggunaan bahan api.”

Ujar S. Piarapakaran lagi, ”Walaupun negara kita mempunyai minyak mentah sendiri, namun kita tidak sepatutnya lupa bahawa menjadi tanggungjawab kita sepenuhnya untuk memastikan adanya masa hadapan untuk generasi akan datang. Jangan habis semua sumber yang ada itu sekarang.”

Teknologi Nano, Standard & Pengguna

Monday, 01 February 2010 11:26

Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke teknologi sangat kecil.

Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan. Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih effektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya.
Teknologi Nano dikatakan mempunyai potensi untuk mempengaruhi setiap sudut kehidupan, dari produk consumer, penggunaan tenaga , perubatan dan lain- lain.

Menurut Consumer Product Safety Commision (CPSC) di Amerika Syarikat, jumlah barangan dan produk yang menggunakan teknologi nano dikatakan akan meningkat pada tahun – tahun yang akan datang.

Setiap hari, terdapat satu barangan baru yang dihasilkan melalui teknologi nano. Teknologi Nano dikatakan dapat membawa pelbagai faedah kepada konsumer. Ia boleh diaplikasikan di dalam sektor sektor seperti nanostruktur, elektronik dan komunikasi, perubatan, alam sekitar, penggunaan tenaga, barangan konsumer, dan automotif.

Teknologi Nano dan pengguna
Walaupun teknologi nano ini dikatakan dapat membawa pelbagai kebaikan kepada pengguna, namun begitu terdapat juga risiko terhadap teknologi ini. Sebagai contoh, kesan nanopartikel ini terhadap kesihatan dan persekitaran masih belum diketahui selamat atau tidak.

Penyerapan bahan kosmetik yang terlalu banyak ke dalam kulit mungkin akan mencetuskan masalah kesihatan yang lain pula. Menurut sebuah artikel dari sumber (United Nation Non- Govermental Liasion Service, 2008), kajian toksikologi terhadap nanopartikel ini amat kurang.

Menurut artikel tersebut, apabila saiz sesuatu struktur dikurangkan kepada skala nano, partikel – partikel tersebut akan mempunyai luas permukaan yang lebih yang membolehkan mereka lebih aktif dari segi kimia.

Apabila ini berlaku, saiz struktur tersebut akan menjadi lebih kecil, reaktiviti meningkat, dan boleh juga menyebabkan kesan berbahaya kepada tisu- tisu hidup dan boleh menyebabkan kesan lain seperti bengkak, kerosakkan tisu dan sebagainya.

Standard untuk Teknologi Nano.
Standard menggariskan ciri-ciri dan keperluan yang akan dipatuhi oleh pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan untuk memastikan produk dan perkhidmatan adalah SELAMAT untuk pengguna dan alam sekitar. Pematuhan kepada standard memastikan pengguna menikmati produk dan perkhidmatan yang selamat

Mengapakah kita memerlukan standard untuk teknologi nano? Ini untuk memastikan teknologi nano dibangunkan dan dipasarkan dengan kaedah yang selamat, secara bertanggunjawab dan mematuhi satu cara persetujuan dalam penamaan, dan spesifikasi nanoteknologi.

Selain itu, standard ini juga akan dapat memastikan teknologi nano diuji untuk memastikan keselamatan kepada pengguna, kesihatan dan alam sekitar dan mengkaji cara penyelengaraan teknologi nano dengan mengambil kira risiko- risiko yang akan timbul.

Sehingga kini, Malaysia sedang melakukan kerja- kerja dalam pembangunan terminologi dan tatanama dalam bidang ini dan masih memerlukan ramai pakar berhubung teknologi nano supaya standard ini dapat dibangunkan dengan lebih baik dan akan memberikan manfaat kepada kerajaan, industri serta pengguna.

Produk teknologi tinggi UniKL: Melaka tawar kerjasama

05/03/2010 12:26pm

ALOR GAJAH 5 Mac — Kerajaan Melaka menawarkan kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menjalankan penyelidikan dan mengkomersial beberapa produk teknologi tinggi universiti itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata kerjasama dengan UniKL itu akan dilaksanakan dengan Unit Pembangunan dan Penyelidikan, Kreativiti dan Komersial (RD-CnC) di bawah Jabatan Ketua Menteri.

"Antara produk penghasilan UniKL yang bermutu untuk dikomersilkan termasuk rawatan dan pembersihan air sungai, barangan plastik serta teknologi makanan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kampus UniKL di sini petang semalam. - Bernama

utusan malaysia online

Perdana Menteri rai rakan internet

2010/03/14
PUTRAJAYA: Kira-kira lima juta warga Malaysia sangat aktif dalam laman web sosial Facebook, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, ini petanda yang baik masyarakat memanfaatkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan kerajaan akan melaksanakan inisiatif jalur lebar seberapa luas yang boleh.


2010/03/14
PUTRAJAYA: Kira-kira lima juta warga Malaysia sangat aktif dalam laman web sosial Facebook, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, ini petanda yang baik masyarakat memanfaatkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan kerajaan akan melaksanakan inisiatif jalur lebar seberapa luas yang boleh.
“Dengan itu, kita dapat menghubungkan semakin ramai warga Malaysia. Kita guna internet untuk meningkatkan kesinambungan sosial. “Keindahan internet ialah ia meruntuhkan benteng antara kita. Ia meruntuhkan benteng (perbezaan) bangsa, agama dan usia. Kita berada di sini kerana kita dihubungkan di internet,” katanya pada majlis jamuan teh Perdana Menteri bersama rakan internet 1Malaysia di Seri Perdana, di sini semalam.

Najib berkata, kerajaan menggunakan teknologi terkini, iaitu internet sebagai satu daripada cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat, contohnya selepas membentangkan Bajet 2010, beliau menerima beratus cadangan yang berguna daripada rakyat.

“Saya mahu anda semua berasakan anda mempunyai kerajaan yang sangat responsif kepada keperluan dan aspirasi rakyat Malaysia.

“Kami akan menggunakan teknologi terkini untuk berhubung. Melalui cara ini, kita akan memperoleh komunikasi dua hala dan kesinambungan antara rakyat dan kerajaan.
“Memang orang akan mengutus surat, menulis dakwaan dan sebagainya, tetapi tiada yang serupa dengan internet kerana ia semestinya kaedah paling berkesan untuk berkomunikasi,” katanya.

Mengenai majlis perjumpaan itu, Najib berkata, pertemuan yang julung kali diadakan itu sebagai kaedah untuk mengenali secara bersemuka dengan rakan internet yang mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai rakan Facebook beliau.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak dapat menjemput semua rakan internetnya yang kini kira-kira 120,000 orang dan jumlah itu meningkat setiap hari.
Beliau berkata, 300 orang dipilih memandangkan ia jumlah maksimum yang dapat memenuhi saiz dewan bankuet di Seri Perdana dan lebih ramai lagi dijemput pada majlis seumpama itu pada masa akan datang.

Sambil melahirkan penghargaan kepada rakan internetnya kerana sangat responsif dan turut meminta maaf kerana adakalanya tidak dapat membalas komen yang diberikan, beliau menyifatkan majlis itu sangat berjaya. – Bernama

UFO muncul di Damansara

Oleh IKHWAN IDERIS
berita@kosmo.com.my


Mohd. Zulfikar menunjukkan balkoni rumahnya di tingkat 14
kondominium tempat dia merakamkan gambar UFO (kanan) di Damansara Damai, Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) didakwa muncul ketika hujan renyai di ruang udara kawasan perumahan di Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin.

Walaupun ia muncul untuk tempoh 15 saat pada pukul 7.11 malam, seorang penghuni sebuah kondominium tingkat 14 di situ sempat merakamkan tiga keping gambar sebelum ia hilang di depan matanya sendiri.

Bagi pengurus sebuah syarikat perabot, Mohd. Zulfikar Abdul Rahman, 37, imej pada tiga keping gambar itu akan menjadi kenangannya sepanjang hayat.

Thursday, March 11, 2010

Keistimewaan dan Kemudahan Kepada Golongan OKU

Berikut adalah maklumat tambahan keistimewaan dan kemudahan kepada golongan OKU yang diperolehi dari laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia untuk rujukan kita bersama:

1) Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan OKU. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan OKU di dalam berbagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli sukan OKU dan hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit di Kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.

2) Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan
Untuk menggalakkan OKU menyertai pelbagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.

3) Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

4) Kemudahan Akses di Bangunan Awam
• Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan OKU ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan awam. Akses OKU kepada kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984;

• Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak bangunan untuk OKU yang mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda,lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

5) Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan yang mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;

Sebagai galakan berterusan bagi memelihara OKU dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

6) Kemudahan Pengangkutan Awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

7) Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
OKU dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

8) Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

9) Kemudahan Peluang Pekerjaan
• Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan yang mana kuota 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya;

• Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan OKU serta OKU sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja OKU bekerja di sektor swasta;

• Bagi OKU, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah

10)Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional
• Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi OKU yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu;

• Bagi OKU yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-
i. Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya;
ii. Kad Pengenalan;
iii. Lesen Memandu yang sah;
iv. Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.

• Bagi golongan OKU yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-
i. Lesen memandu - pihak kedua;
ii. Kad Pengenalan - pihak kedua;
iii. Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
iv. Kad Pengenalan;
v. Kad Pengenalan OKU;
vi. Maklumat Kenderaan – Model, No.Enjin, No.Chasis dll.

11)Kemudahan Alat Ganti OKU.
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU.

12)Pencen Terbitan
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

13)Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

14)Kemudahan Geran Pelancaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000

15)Sumbangan Kepada Program-Program OKU
Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan OKU selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.

16)Kemudahan Telekom
• Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan OKU seperti berikut:-
i. Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
ii. Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
iii. Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.

• Bagi OKU berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak TMB.

17)Takaful Malaysia Berhad - Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:-
i. Kemalangan;
ii. Kematian - urusan pengkebumian;
iii. Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit;
iv. Keilapan Kekal akibat kemalangan;
v. Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan

Syarat-syarat permohonan:
i. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
ii. Berdaftar dengan mana-mana persatuan.

(Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my)

Tuesday, March 9, 2010

RoboT Burung KeciL yang HebaT Written by puguh on Dec 29th, 2009 | Filed under: Technology

Kreatifitas ilmuwan asal Jepang memang tidak ada matinya. Beragam robot unik kerap kali mereka ciptakan, yang terbaru adalah robot mungil berbentuk burung kolibri. Meski berbentuk mini, namun sang pembuatnya yaitu Hiroshi Liu menggantungkan harapan yang luar biasa besar terhadap benda ciptaannya tersebut. Yaitu, sebagai juru selamat bagi korban yang terperangkap di reruntuhan gedung. robot mungil ini didesain sesuai bentuk burung kolibri aslinya. Sehingga dengan berat 2,9 gram, ia mampu bermanuver di udara dengan cukup lincah.

“Ada motor mikro dan sensor infrared sebagai penggerak robot kolibri ini. Sementara empat sayap yang dimilikinya mampu bergerak hingga 30 kali per detik,” ujar Liu, yang merupakan peneliti dari Universitas Chiba, yang berlokasi di timur Tokyo itu.

Liu pun sudah punya ancang-ancang untuk menambahkan kamera mikro dan kemampuan terbang ala helikopter yang bisa bertahan pada satu titik di udara dalam jangka waktu lama di robot besutannya tersebut.

Jadi diharapkan, hal itu dapat membantu robot berbiaya US$ 2,1 juta ini untuk lebih bebas bermanuver. Sebab, selain digadang-gadang sebagai tim penyelamat, robot ini juga dinilai bisa dimanfaatkan untuk mengejar pelaku kriminal, atau bahkan menjalankan misi di planet mars.

* Home * About * CARAMEL * PROGRAM PRESTASI KHUSUS * Entries (RSS) * Comments (RSS) Recent Posts * SensoR parkiR Mobi


Bandai NetTansor merupakan kamera web berbentuk robot dengan koneksi WiFi pertama di dunia. Selain anda bisa menggunakannya untuk video chat, NetTansor juga bisa digunakan sebagai kamera keamanan melalui koneksi WiFi. Karena memang ini sebuah robot kamera maka kita bisa mengontrolnya untuk berjalan ke suatu tempat dengan koneksi WiFi dan bahkan sampai melalui koneksi internet. NetTansor juga bisa merekam dalam bentuk video dan mengirimnya ke ponsel anda melalui koneksi internet.

Thursday, February 11, 2010

KEMUDAHAN SEKOLAH









Bilik Perpustakaan
Bilik ini menyediakan pelbagai jenis buku dan bahan bacaan serta rujukan bagi kemudahan guru-guru dan murid-murid. Di samping itu terdapat juga peralatan audio-visual untuk kemudahan pengajaran


Bilik Komputer
Sekolah ini mempunyai 2 buah bilik komputer dan setiap bilik mempunyai 20 set komputer dan 2 set printer. Bilik ini digunakan sepenuhnya oleh murid-muird mengikut jadual waktu masing-masing.


Bilik Sains
Bilik ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan mengajar dan ia digunakan sebagai bilik pengajaran, uji kaji dan eksperimen bersama murid-murid


Bilik Mesyuarat
Bilik Mesyuarat ini diberi nama ‘Permata Minda’ dan disinilah berlangsung segala mesyuarat-mesyuarat atau perbincangan dengan guru-guru atau kakitangan sekolah


Bilik Pendidikan Khas (S.E.N.A)
Bilik ini digunakan oleh Guru Khas bagi membantu murid-murid berkeperluan khas belajar bagaimana cara mengatasi sesuatu masalah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik

Sunday, January 31, 2010

UM dipelawa latih pengasuh Permata

Date : 01 Februari 2010
publication : berita Harian

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempelawa Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) bekerjasama dengan Permata Negara dalam menyediakan latihan kepada pengasuh kanak-kanak bagi progam itu. Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, berkata dengan pencapaian UM yang berjaya melahirkan ratusan pendidik dan membentuk pasukan profesional daripada pelbagai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak sejak 12 tahun lalu, kerjasama itu memberi manfaat dalam usaha melatih pengasuh Permata. “Setakat ini, Permata bekerjasama rapat dengan jayanya bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kita mengalu-alukan penyertaan UM dalam bidang ini,” katanya ketika merasmikan Persidangan Asia Pasifik Siswazah Pendidikan Awal Kanak-kanak (APAC) 2010 di universiti itu di sini, semalam.

Beliau berkata, kira-kira 210 pusat Permata akan dibina, dinaik taraf dan diberi kelengkapan dengan alat pembelajaran melalui peruntukan sebanyak RM100 juta yang diberikan kerajaan bagi tahun ini. Katanya, pada penghujung tahun lalu, lebih 400 pusat asuhan kanak-kanak bagi Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara, komuniti dan di tempat kerja sudah dibina, dinaiktaraf atau diperbaharui sebagai pusat Permata Negara melalui peruntukan RM150 juta di bawah pakej rangsangan pertama tahun lalu dan memberi manfaat kepada lebih 16,000 kanak-kanak berumur di bawah lima tahun. “Cabaran kepada kita adalah untuk memastikan usaha memberikan pendidikan mencukupi dan jagaan kepada kanak-kanak adalah inklusif dan tidak ada kanak-kanak ketinggalan,” katanya.

Rosmah juga berharap, ibu bapa yang menghantar anak ke pusat Permata dapat meluangkan masa bersama anak mereka sekurang-kurangnya sejam seminggu. “Ibu bapa boleh menjenguk anak mereka semasa makan tengah hari, makan bersama anak-anak kerana pusat Permata menggalakkan ibu bapa datang berinteraksi dengan anak mereka apabila mereka ada masa,” katanya

Anasir jahat guna dokumen palsu mohon VOA, visa pelajar

Date : 1 februari 2010
Publication : berita harian

KUALA LUMPUR: Pengeluaran visa waktu ketibaan (VOA) dan visa pelajar yang tidak dikawal, khususnya kepada warga Afrika dan Asia Barat, dipercayai antara punca negara ini mudah ‘ditembusi’ rakyat asing, termasuk anasir jahat.

Difahamkan, ada antara mereka sanggup mengambil risiko menggunakan dokumen perjalanan palsu ketika memohon VOA semata-mata untuk memudahkan mereka keluar masuk negara ini, selain menyembunyikan tujuan sebenar kunjungan mereka. Sumber memberitahu Berita Harian, dalam proses permohonan kedua-dua visa itu, memang sukar untuk dipastikan sama ada ia dimohon oleh pelancong dan pelajar yang sah, atau sekadar mengaburi identiti sebenar untuk kegiatan haram mereka. “Ini yang menjadi masalah, sebab tiada kawalan terhadap pengeluaran kedua-dua visa itu, selain kelemahan dari segi pemantauan. Kita memang tidak tahu dalam ramai-ramai yang memohon itu, siapa sebenarnya pelancong dan pelajar sah.

“Kita percaya kesempatan ini yang digunakan rangkaian pengganas antarabangsa untuk keluar masuk Malaysia,” kata sumber itu. Pada 21 Januari lalu, 42 lelaki dipercayai suspek pengganas ditahan di dua rumah di Kampung Sungai Chincin, Gombak dalam serbuan Pasukan Khas (Operasi/Antipengganas) Bukit Aman hasil maklumat risikan. Bagaimanapun, 32 daripadanya dibebaskan tanpa syarat selepas disoal siasat, manakala 10 lagi, termasuk seorang rakyat tempatan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut sumber, kumpulan terbabit dipercayai menyalahgunakan visa masing-masing untuk memasuki negara ini secara sah, sekali gus memastikan pergerakan mereka tidak menimbulkan syak kepada pihak berkuasa.

“Kita percaya mereka sengaja memilih kampung itu kerana lokasinya agak terpencil, selain mempunyai komuniti Arab dan Afrika di situ. Ini satu kelebihan kepada mereka untuk melindungi kegiatan pengganas yang dilakukan,” katanya. Sumber berkata, tidak semua suspek pengganas atau penjenayah antarabangsa boleh dikesan atau ditahan. “Biasanya, Interpol akan memaklumkan kepada kita jika ada senarai individu dikehendaki mereka untuk pelbagai kes jenayah, termasuk kegiatan pengganas. Ia selalunya dimaklumkan kepada Interpol Malaysia di Bukit Aman. “Namun, bagaimana kita mahu mengesan penjenayah atau pengganas jika mereka memalsukan identiti dan mengubah imej. Mereka pun bijak dan sentiasa mempunyai helah untuk mengelak dari ditangkap,” katanya. Sementara itu, Kedutaan Syria di sini dalam satu kenyataan, semalam, mengesahkan sudah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan warganya dalam serbuan, Khamis minggu lalu lalu.

Kenyataan itu menyebut: “Kerajaan Syria memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa di Malaysia dalam menjamin keselamatan dan kestabilan negara ini.” Dalam kenyataan itu, Syria turut mengulangi pendiriannya menentang keganasan global.

Prospek berkesan

Date : 01 januari 2010
Publication : berita harian

SERAMAI 564 pelajar Tingkatan Lima dan Enam daripada 13 sekolah menengah sekitar Hulu Terengganu menyertai Seminar Pendidikan Kebangsaan (Prospek) 2009/2010 anjuran Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Berita Harian dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu, baru-baru ini. Selain penyertaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan sebagai tuan rumah, seminar sehari itu turut disertai pelajar SMK Matang; SMK Kuala Telemong; SMK Mahmudiah; SMK Jenagor; SMK Menerang; SMK Tersat; SMK Seri Berang; SMK Imtiaz Kuala Berang; SMK Bukit Diman; SMK Ajil; SMK Jenderis dan SMK Landas. Timbalan Pengarah Projek, Nur Atiqah Daud yang juga penuntut tahun dua UM, berkata Prospek adalah program khas tahunan anjuran Kolej Kediaman Keempat universiti itu dan dikendalikan oleh 40 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada penghuni asrama berkenaan.


Katanya, penganjuran yang masuk tahun ketiga itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk segala kursus yang ditawarkan, kelebihan sesebuah IPT, pinjaman atau biasiswa yang ditawarkan di Malaysia. "Tahun ini sudah tiga tahun UM bekerjasama dengan Berita Harian menganjurkan Prospek dan kerjasama yang diberikan oleh PPD di setiap negeri yang dilawati amat baik dan memberangsangkan. "Malah, selain menyebarkan maklumat mengenai universiti, Prospek juga dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi UM dengan pelajar sekolah berkenaan," katanya ketika ditemui di SMK Tengku Ampuan Intan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Noor Othman dan Eksekutif Kanan Bahagian Penjenamaan dan Pemasaran Berita Harian, Ahmad Firdaus Salahuddin Shah. Nur Atiqah berkata, UM sentiasa berusaha untuk menambah baik penganjuran Prospek saban tahun dan pada tahun ini, pihaknya akan mengadakan siri lawatan ke-12 negeri termasuk Sabah dan Sarawak. "Selain itu, pada tahun ini kita sasarkan Prospek kepada pelajar di sekolah pedalaman kerana kami ingin pastikan mereka turut mendapat pendedahan dan maklumat berkaitan IPT sama seperti pelajar di kawasan bandar. "Malah mengikut pengalaman lalu, pelajar luar bandar lebih berminat untuk mengikuti seminar sebegini berbanding pelajar bandar yang mungkin sudah biasa menerima pendedahan seperti akses melalui internet," katanya.
Sementara itu, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, Sharifah Nur Ain Zulaikha Syed Othman berkata, Prospek perlu diteruskan setiap tahun kerana ia menyalurkan maklumat penting terutama kepada pelajar Tingkatan Lima berkenaan hala tuju selepas menamatkan alam persekolahan. Dia berkata, walaupun selalu mendapat maklumat daripada guru mengenai IPT, Prospek lebih berkesan kerana ia disampaikan sendiri oleh penceramah yang terdiri daripada pensyarah yang pastinya lebih mengetahui perkembangan semasa universiti. "Selepas mengikuti tiga slot Prospek, saya berasa lebih jelas tentang hala tuju selepas menamatkan alam persekolahan dan merancang masa depan dengan lebih baik," katanya. Rakannya, Mohd Nor Shafiq Aziz, 17, berkata, dia berminat untuk menyertai Prospek selepas mendapat maklumat melalui abangnya yang pernah mengikuti program berkenaan. "Bukan saja dapat maklumat baru tetapi kami juga dapat beramah mesra dengan kakak dan abang dari UM yang baik hati berkongsi pengalaman serta tip berguna dalam menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa nanti," katanya.

Minda Pengarang: Kerajaan komited bangun teknologi hijau demi generasi akan datang

Date : 01 januari 2010
Publication : berita harian

SKIM Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) adalah manifestasi komitmen kerajaan terhadap usaha memajukan sektor berkenaan di negara ini pada masa depan. Ia juga sejajar aku janji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang. Pada masa sama, SPTH membuka ruang untuk menggalakkan lebih banyak pihak, khususnya sektor swasta menceburi bidang teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui yang dijangka menjadi antara komponen utama pertumbuhan ekonomi pada masa depan. Kita berharap SPTH dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelbagai pihak untuk membangunkan kepakaran dan teknologi yang dapat memacu negara menerajui bidang berkenaan. Tambahan pula, kita sebenarnya tiada pilihan selain menjadikan teknologi hijau sebagai aspek utama dalam setiap yang dilakukan. Realitinya, pada abad ke-21, hanya negara yang berjaya menguasai dan mempelopori penggunaan teknologi hijau serta tenaga boleh diperbaharui saja yang akan berada di hadapan. Maka, SPTH yang memperlihatkan kesediaan kerajaan menanggung dua peratus daripada kos kadar faedah pinjaman dengan nisbah jaminan 60 peratus oleh kerajaan dan 40 peratus institusi perbankan, adalah pendekatan strategik mengaplikasi teknologi hijau sebagai satu daripada agenda nasional. Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) yang dibentangkan pada Ogos lalu menggariskan bahawa komitmen negara dalam bidang itu bukan untuk manfaat jangka pendek, sebaliknya ia dibuat demi faedah generasi akan datang. Dalam konteks ini, semua pihak yang ingin meneroka sektor itu harus bersedia menerima hakikat bahawa mereka perlu mempunyai pelan jangka panjang, dan bukan sekadar mahu meraih pulangan segera. Majlis Teknologi Hijau Negara (MTHN) pula memperincikan bahawa antara bidang yang diberi tumpuan dalam pembangunan sektor terbabit ialah mengurangkan penggunaan tenaga dengan menyediakan alternatif kepada bahan api fosil. Ini kerana dua aspek itu sudah seolah-olah menjadi tema sejagat, setiap kali membincangkan mengenai teknologi hijau. Sebenarnya, peluang Malaysia mendominasi industri teknologi hijau terbuka luas kerana sehingga ini, belum ada syarikat atau negara berjaya menguasainya.
Itulah sebabnya kita perlu pantas memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membolehkan negara berada di barisan hadapan teknologi hijau yang mempunyai skop yang amat luas. Dengan inovasi dan kreativiti, kita yakin Malaysia mampu membina kepakaran yang diperlukan untuk merealisasikan hasrat itu. Jika di pihak kerajaan, SPTH adalah bukti mekanisme pemangkin membangunkannya, kita kini menunggu komitmen daripada sektor swasta untuk menyambutnya dengan melancarkan pelbagai inisiatif membawa teknologi hijau ke arus perdana pembangunan negara.

UMP, Sapura Industrial jalin kerjasama bangun modal insan

Date : 1 Februari
Publication : Berita online
UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) akan membantu pengeluar peralatan ganti automotif, Sapura Industrial Berhad (SIB) dalam pembangunan modal insan selain bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Berikutan itu, kedua-dua pihak menandatangani perjanjian meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan, latihan industri, pembangunan kapasiti dan penyertaan yang lebih luas dalam program sedia ada di universiti dan syarikat berkenaan. Majlis menandatangani perjanjian itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Industrial Berhad, Mohamad Razali Osman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Profesor Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim, di Kuala Lumpur, kelmarin.
Mohd Razali, berkata perjanjian itu akan memanfaatkan sepenuhnya reputasi, kepakaran dan pengalaman syarikat dalam bidang pengeluaran, pemasangan, pembekalan, jualan serta penyelidikan dan pembangunan peralatan ganti dan komponen automotif bagi pasaran dalam dan luar negara. UMP pula memiliki pengkhususan tinggi dalam memberikan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi serta menawarkan pakej lengkap untuk kursus berkualiti tinggi daripada program ijazah hinggalah ke lepasan ijazah. Mohamad Razali berkata, perjanjian itu akan membuka ruang bagi kedua-dua organisasi untuk bekerja sama demi membangunkan dan meningkatkan kemahiran dan kemampuan tenaga kerja kita.
“Kakitangan SIB akan dapat mengikuti program lepasan ijazah di UMP bagi menjalani kerja penyelidikan yang membolehkan mereka memperoleh ijazah dalam bidang yang berkaitan. Dalam pada itu, kakitangan dan pelajar UMP akan dibenarkan menjalani latihan industri dengan syarikat kumpulan SIB,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, kelmarin

Tuesday, January 26, 2010

Pengajar UTM akan diserap budaya inovasi


JOHOR BAHRU 28 Ogos - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menerapkan budaya inovasi di kalangan tenaga pengajarnya dalam usaha menjadikan universiti itu sebagai pelopor dalam penciptaan terbaru.

Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali berkata, penekanan kepada inovasi amat penting kerana ia merupakan satu konsep yang tulen dalam menghasilkan sesuatu produk.

Beliau berkata, walaupun sudah ada universiti inovasi di dunia misalnya Georgia Technology di Amerika Syarikat tetapi UTM akan memberi penekanan berbeza agar produk yang dihasilkan menampakkan kegunaan terus kepada industri.

"Bidang penyelidikan pula kadangkala sukar untuk mencari perbezaan dengan inovasi, namun UTM berharap dapat mencapai kedua-dua status tersebut pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis Pengiktirafan Penyelidik dan Pelancaran Monograf Sains dan Teknologi di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Prof. Wan Azlina Wan Ahmad dari Fakulti Sains muncul penerima insentif tertinggi sebanyak RM16,000 atas kejayaan mengharumkan nama UTM menerusi pertandingan penyelidikan di dalam dan luar negara.

Dr. Mohd. Zulkifli memberitahu, UTM Kampus Jalan Semarak di Kuala Lumpur akan dikenali sebagai UTM Kampus Antarabangsa selepas kerja-kerja pengembangan kampus seluas 16 hektar itu siap tidak lama lagi.

Katanya, UTM juga merancang untuk membangunkan kawasan seluas 32 hektar bersebelahan kampus tersebut dalam usaha menarik lebih ramai penuntut antarabangsa mengikuti pengajian di situ.

"UTM menetapkan sasaran seramai 2,700 penuntut antarabangsa dan sehingga kini jumlahnya seramai 1,700 orang.

"Sebenarnya ramai penuntut antarabangsa yang memohon untuk mengikuti pengajian di UTM, tetapi kita terpaksa menolak permohonan mereka kerana tidak memenuhi kriteria," katanya.

Monday, January 25, 2010

Pendidikan khas

Pendidikan khas
Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Di Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.

Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang.

SYARAT-SYARAT
Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

DIFINASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.

1. Kebolehan kognitif
2. Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
3. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
4. Penguasaan membaca
5. Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
6. Kemahiran Matematik
7. Daya penglihatan
8. Darjah kebolehan pendengaran
Objektif Penubuhan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran.

-Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran mendapat tempat yang sama
dalam pendidikan.
-Menempatkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran ini dalam persekitaran yang seakan-akan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
-Mengurangkan kecenderungan melabel dan menyalah label ke atas pelajar-pelajar berkeperluan khas.
-Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran menyesuaikan diri dalam semua aspek dari awal seperti kemahiran berkomunikasi, bergaul, memperkembangkan perasaan, ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling, kesihatan dan keselamatan diri, kehidupan seharian, konsep kendiri, kegiatan rekreasi, perkembangan jasmani, mengamalkan nilai-nilai murni serta mengenbangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek.
-Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.
-Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.
-Memberikan kemahiran pravokasional, supaya mendapat kemahiran asas dalam dunia pekerjaan.

Friday, January 22, 2010

Nanoteknologi, Antara Impian dan Kenyataan


Sudah menjadi rahasia umum bahwa negara-negara maju di dunia, seperti Amerika Serikat, Jepang, Australia, Kanada
dan negara-negara Eropa, serta beberapa negara Asia, seperti Singapura, Cina, dan Korea tengah giat-giatnya
mengembangkan suatu cabang baru teknologi yang populer disebut Nanoteknologi. Milyaran dollar dana mulai dikucurkan
di negara-negara ini, di berbagai bidang penelitian. Semuanya berlomba-lomba menggunakan kata kunci Nanoteknologi.
Sebenarnya apa itu nanoteknologi? Dan mengapakah begitu banyak peneliti di berbagai negara berlomba-lomba
memasuki bidang yang satu ini? Seberapa luaskah ruang lingkupnya? Mengapakah baru beberapa tahun ini terjadi boom
nanoteknologi?

Sesuai dengan namanya, nanoteknologi adalah teknologi pada skala nanometer, atau sepersemilyar meter. Untuk dapat
membayangkan dimensi nanometer, bisa kita ambil contoh dari tubuh kita sendiri.
Sehelai rambut manusia kira-kira memiliki diameter 50 mikrometer. Satu mikrometer sendiri adalah seperseribu
milimeter. Dan satu milimeter adalah ukuran satuan panjang terkecil pada penggaris tulis 30 cm yang biasa dipakai
anak-anak sekolah. Dan satu nanometer adalah seperseribu mikrometer, atau kira-kira sama dengan diameter rambut
kita yang telah dibelah 50.000 kali!! Sebagai perbandingan lain, ukuran sel darah merah kita adalah sekitar 20 mikro
meter, dan sel bakteri perut adalah 2 mikro meter. Protein memiliki ukuran beberapa puluh nanometer.

Dari sudut pandang ukuran atas ke bawah (top-down) seperti itu, nanoteknologi menjadi penting dalam dunia rekayasa
karena manusia berusaha untuk mengintegrasikan suatu fungsi atau kerja dalam skala ukuran yang lebih kecil dan lebih
kecil. Mengapa? Orang bilang, "small is beautiful (kecil itu indah)", tetapi, tentu saja mengintegrasikan suatu fungsi mesin
atau perkakas dalam ukuran yang lebih kecil bukan hanya berarti memperindahnya tapi juga berarti memperkecil energi
yang diperlukan per suatu fungsi kerja dan berarti pula mempercepat proses serta mempermurah biaya pekerjaan.

Sebagai contoh yang mudah kita pahami adalah apa yang terjadi pada dunia komputer dan mikroprosesor. Pabrik-pabrik
mikroprosesor seperti IBM, Intel dan Motorola terus berusaha mempertinggi tingkat integrasi mikroprosesornya.
Sekira sepuluh sampai lima belas tahun yang lalu, jarak antar gate (gerbang) MOS (Semikonduktor oksida logam) adalah
0,75 m, dan level integrasinya pada 5P 80386 hingga 80486 adalah sekira 100.000 sampai 1 juta transistor dalam satu
chip. Tapi, pada Pentium IV, teknologi pemrosesan IC (rangkaian terintegrasi) yang dipakai telah berhasil memperkecil
jarak antar gerbang menjadi hanya 0,125 m dan mencapai level integrasi hingga 100 juta transistor dalam satu keping
chip.

Jarak yang lebih kecil antar gerbang berarti makin kecilnya waktu yang diperlukan untuk perjalanan suatu elektron (artinya
switching rate makin cepat) dan berarti pula makin kecilnya daya yang diperlukan prosesor tersebut. Lebih dari itu, makin
banyak fungsi yang bisa diintegrasikan dalam prosesor tersebut, seperti built-in multimedia, pemrosesan suara, dan lain
sebagainya.

Selain itu, teknologi pemrosesan IC ini mulai digunakan pula untuk mengintegrasikan fungsi-fungsi mekanik dan elektrik
untuk membuat mesin, sensor atau aktuator pada ukuran milli, mikro, hingga nanometer. Struktur mikro yang
mengintegrasikan fungsi mekanik dan elektrik inilah yang biasa disebut Micro Electro Mechanical System (MEMS).
Sebagai contoh teknologi MEMS memungkinkan pembuatan array sensor tekanan yang berukuran demikian kecil
(Gambar 1) hingga dapat ditaruh di mana saja di suatu struktur bangunan atau mesin, misalnya.
Namun, apakah nanoteknologi hanya berkutat dengan rekayasa IC dan mikroelektronika yang kemudian diterapkan pula
untuk mikromekanika? Jika hanya demikian apakah perlunya terminologi ini demikian digembar-gemborkan akhir-;akhir
ini?

Ternyata memang nanoteknologi yang kini tengah booming tidak hanya terkait dengan rekayasa konvensional top-down IC
atau MEMS. Semuanya ini bermula dari pidato ilmiah pemenang Nobel, Richard Feynman tahun 1959, yang berjudul
"There is plenty room at the bottom" (Ada banyak ruang di bawah), yang kini banyak dikutip para peminat nanoteknologi.
Saat itu Feynman mengatakan, adalah mungkin (setidaknya saat itu masih dalam impian) untuk membuat suatu mesin
dalam ukuran demikian kecil, yang kemudian dapat digunakan untuk memanipulasi material pada skala ukuran tersebut.
Bahkan, saat itu Feynman menyatakan pula, seandainya seorang fisikawan dibekali "mesin" yang tepat untuk
memanipulasi atom dan menaruhnya pada tempat yang sesuai, maka ia secara teoritis dapat membuat senyawa atau
molekul apa saja, tentu saja yang stabil energinya (stabil = level energi minimum).

Sistem seperti itu, sekalipun bukan pada level atom, setidaknya telah ada di alam, sebagaimana telah ditulis pula oleh K.
Eric Drexler dalam landmark papernya tahun 1981, dan mengenalkan istilah molecular manufacturing (manufaktur
molekular). Dalam karya tulisnya tersebut, Drexler memberikan beberapa contoh, betapa mesin-mesin berukuran
nanometer telah ada di alam dan bagaimana mereka telah terlibat dalam penyusunan molekul dan informasi dalam sel
makhluk hidup. Misalnya, ribosom yang menyusun asam amino satu demi satu berdasarkan informasi RNA, untuk
memfabrikasi protein, kemudian sistem genetika (enzim-enzim DNA polymerase, RNA polymerase, dll) yang menyimpan
dan mengolah informasi genetik, flagella (semacam struktur 'rambut') pada bakteria sebagai motor penggerak, dan lain
sebagainya.

Kemampuan untuk memanipulasi material pada skala nanometer adalah penting, sebab pada skala ukuran inilah
material mulai membentuk sifat-sifat tertentu berdasarkan strukturnya. Pada level yang lebih kecil, level atomik (skala
Angstrom), sifat yang dimiliki adalah sifat dasar atom itu sendiri. Ketika atom mulai bergandeng satu sama lain dan
menyusun struktur molekular tertentu, sifatnya pun akan berbeda menurut struktur tersebut. Misalnya, atom Karbon (C),
yang ketika tersusun dalam struktur tetrahedron tiga dimensi akan membentuk intan yang keras, tetapi ketika tersusun
dalam struktur heksagonal dua dimensi dan membentuk lapisan-lapisan, maka yang kita dapati adalah grafit (bahan baku
pensil) yang rapuh.

Nanoteknologi manufaktur molekular diarahkan pada pengembangan metoda (misal berupa 'mesin' berukuran
nanometer) yang dapat melakukan penyusunan atom atau molekul komponen tersebut secara teratur dan terkendali untuk
membentuk struktur yang diinginkan. Model fabrikasi material bawah ke atas (bottom-up) yang berlawanan dengan
teknologi top-down konvensional seperti ini akan memungkinan pengontrolan yang amat presisi sifat material yang
terbentuk (misalnya bebas defek/cacat).

Selain itu mengurangi timbulnya limbah saat fabrikasi karena hanya atom/molekul yang akan dipakai saja yang
dimanipulasi (berbeda dengan metode atas-bawah yang kerap menimbulkan limbah akibat adanya material yang tak
terpakai), dan tentu saja kemungkinan penghematan energi yang juga berarti penghematan biaya. Sistem fotosintesis
pada tanaman misalnya adalah suatu contoh sistem manufaktur molekular dengan efisiensi energi yang tinggi.
Masalahnya kemudian, bagaimanakah komponen atom atau molekul tersebut dapat disusun? Seperti juga pendekatan
ribosom pada sel, Drexler mengusulkan dibuatnya "lengan-lengan" robot dan komponen mesin lainnya berukuran nano
yang memungkinkan untuk melakukan proses-proses layaknya fabrikasi pada level makro: sortir material, konversi energi,
penempatan material, dll.

Metode ini disebut Mekanosintesis, melakukan sintesis kimia secara mekanis. Beberapa struktur mesin ukuran nano
(yang dibentuk dari beberapa ribu hingga juta atom) telah berhasil disimulasi dengan komputer, yang berarti secara
matematis dan fisis mungkin untuk dibuat. Sebagai contoh adalah dinding ruang berisi bahan material dan rotor pompa
yang berfungsi memilih secara selektif atom Neon (Ne) untuk siap dipakai pada proses selanjutnya (Gambar 2).
Masalah berikutnya, seandainya struktur seperti itu memang "mungkin" (baca: stabil secara termodinamis) untuk dibuat,
bagaimanakah proses untuk membuat struktur-struktur awal yang akan digunakan sebagai mesin-mesin untuk fabrikasi
nano berikutnya? Dan dari manakah energi penggerak mulanya?

Beberapa alternatif telah mulai diusulkan dicoba untuk mengatasi masalah pertama. Nadrian Seeman mencoba untuk
membuat struktur-struktur dasar tersebut dari molekul DNA (asam deoksiribonukleat, senyawa dasar gen) dengan
mengandalkan sifat swa-rakit (self-assembly) dari DNA, yaitu Adenin berikatan dengan Thymin dan Guanin berikatan
dengan Cytosin.

Dengan mensintesis DNA dengan deret tertentu, Seeman berhasil membuat bentuk-bentuk dasar kubus dan devais
nanomekanik DNA. Peneliti lain di NASA Ames Research Center mensimulasi penggunaan Tabung Nano Karbon (suatu
struktur atom karbon berbentuk tabung berdimensi nanometer yang disintesis dengan prinsip swa-rakit dari karbon,
menggunakan katalis logam tertentu) untuk membentuk gir dan poros mesin. Struktur gir atau poros bisa dibuat dari
tabung nano karbon dengan reaksi kimia tertentu untuk "menempatkan" gugus molekul kimia berbentuk roda (misal
benzena) di sekeliling tabung (Gambar 3).

Cara lain untuk menyusun komponen atom atau molekul pada tahap awal ini adalah dengan menggunakan instrumen
nanoteknologi, seperti Mikroskop Gaya Atom (Atomic Force Microscope, AFM), dan Mikroskop Pemindaian Terobosan
Elektron (Scanning Tunneling Microscope, STM). Prinsip dasar kedua mikroskop tersebut adalah seperti menggerakkan
"tangan peraba" dalam koordinat x-y, sambil mempertahankan jarak (koordinat z) antara "tangan peraba" dengan sampel
yang dipelajari (Gambar 4).

Disebut "tangan peraba" karena memang mikroskop-mikroskop ini tidak lagi memakai cahaya sebagai alat pencitraan
akibat keterbatasan cahaya pada skala nanometer (adanya efek difraksi cahaya). AFM mendeteksi gaya non kovalen (non
ikatan kimia, seperti gaya elektrostatik dan gaya Van der Waals) antara sampel dengan "tangan peraba", sedangkan STM
mendeteksi terobosan elektron dari "tangan peraba" yang menembus sampel dan diterima suatu detektor di bawah
sampel.

Mula-mula memang instrumen-instrumen ini terbatas hanya digunakan untuk keperluan karakterisasi atau 'pencitraan'
sampel. Tapi, belakangan ini, mulai pula digunakan untuk memanipulasi molekul dan atom. Dengan mengubah besar
arus terobosan pada STM misalnya, kita bisa mengambil atom O dan mereaksikannya dengan molekul CO untuk
membentuk molekul CO2 dan semuanya ini dilakukan dengan presisi molekul tunggal. Pada reaksi kimia biasa,
diperlukan cukup banyak komponen molekul yang bereaksi untuk memungkinkan, secara statistik, terjadinya "tumbukan"
antar molekul tersebut.

Berkenaan dengan masalah suplai energi struktur mesin pada skala nano, Prof. Montemagno di University of California at
Los Angeles telah berhasil mencoba menggunakan bio-nanomotor alami F1-ATPase untuk menggerakkan propeler yang
dibuat dengan teknologi MEMS. Bernard Yurke di Bell Labs. menggunakan DNA untuk mencoba membuat nano-motor.
Alternatif lain yang mungkin adalah mengkombinasikan nanoteknologi atas-bawah MEMS dengan nanoteknologi
bawah-atas. Motor elektrik dan pembangkit energi (misal baterai lapisan tipis) pada skala mikrometer dengan teknologi
MEMS telah banyak dilaporkan. Berikutnya tinggal mentransmisikan gerak dari motor tersebut ke struktur "lengan" robot
pada skala yang lebih kecil - nanometer.

Impian nanoteknologi untuk dapat memanipulasi bahan dengan tingkat fleksibilitas sama dengan yang telah dicapai
manusia dalam memanipulasi data dengan teknologi informasi, mungkin masih terasa jauh dan masih banyak pekerjaan
rumah yang harus dilakukan. Namun, dalam perkembangannya yang masih muda saat ini pun, nanoteknologi telah
memberikan warna baru dalam bidang-bidang lain.

Penerapan nanoteknologi dalam bioteknologi analitis misalnya memungkinkan metode-metode baru yang jauh lebih
sensitif dan stabil dibandingkan metode konvensional. Perkembangan MEMS, yang sekalipun berangkat dari teknologi
konvensional IC, masih berlangsung demikian pesat, dengan adanya aplikasi-aplikasi baru dalam optik (muncul MOEMS -
Micro Optical Electro Mechanical System), dalam sistem sensor terintegrasi nir-kawat, dan juga dalam aplikasi RF (Radio
Frequency)-MEMS.

Pada pengembangan nanoteknologi inilah demikian terasa, betapa latar belakang ilmu dan teknologi yang multi disiplin
sangat diperlukan: matematika untuk pemodelan, fisika untuk pemahaman fenomena-fenomena gaya dan energi, kimia
(anorganik maupun organik) untuk pemahaman sifat material, serta biologi untuk pembelajaran sistem-sistem rekayasa
pada makhluk hidup.

Selain itu kreativitas dan daya kreasi yang tinggi sangat diperlukan untuk menemukan terobosan teknik dan metoda baru,
serta aplikasi yang cocok. Tentu saja keluhuran moral dan agama tetap diperlukan agar penerapan teknologi ini tidak
malah merugikan keberlangsungan hidup ummat manusia.

Dedy H.B. Wicaksono, Alumnus Teknik Fisika ITB, kandidat doktor bidang Biomimetic Sensor di Dept. Microelectronics,
Technische Universiteit Delft, Belanda.
Sumber: Pikiran Rakyat