Monday, 01 February 2010 11:26
Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke teknologi sangat kecil.
Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan. Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih effektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya.
Teknologi Nano dikatakan mempunyai potensi untuk mempengaruhi setiap sudut kehidupan, dari produk consumer, penggunaan tenaga , perubatan dan lain- lain.
Menurut Consumer Product Safety Commision (CPSC) di Amerika Syarikat, jumlah barangan dan produk yang menggunakan teknologi nano dikatakan akan meningkat pada tahun – tahun yang akan datang.
Setiap hari, terdapat satu barangan baru yang dihasilkan melalui teknologi nano. Teknologi Nano dikatakan dapat membawa pelbagai faedah kepada konsumer. Ia boleh diaplikasikan di dalam sektor sektor seperti nanostruktur, elektronik dan komunikasi, perubatan, alam sekitar, penggunaan tenaga, barangan konsumer, dan automotif.
Teknologi Nano dan pengguna
Walaupun teknologi nano ini dikatakan dapat membawa pelbagai kebaikan kepada pengguna, namun begitu terdapat juga risiko terhadap teknologi ini. Sebagai contoh, kesan nanopartikel ini terhadap kesihatan dan persekitaran masih belum diketahui selamat atau tidak.
Penyerapan bahan kosmetik yang terlalu banyak ke dalam kulit mungkin akan mencetuskan masalah kesihatan yang lain pula. Menurut sebuah artikel dari sumber (United Nation Non- Govermental Liasion Service, 2008), kajian toksikologi terhadap nanopartikel ini amat kurang.
Menurut artikel tersebut, apabila saiz sesuatu struktur dikurangkan kepada skala nano, partikel – partikel tersebut akan mempunyai luas permukaan yang lebih yang membolehkan mereka lebih aktif dari segi kimia.
Apabila ini berlaku, saiz struktur tersebut akan menjadi lebih kecil, reaktiviti meningkat, dan boleh juga menyebabkan kesan berbahaya kepada tisu- tisu hidup dan boleh menyebabkan kesan lain seperti bengkak, kerosakkan tisu dan sebagainya.
Standard untuk Teknologi Nano.
Standard menggariskan ciri-ciri dan keperluan yang akan dipatuhi oleh pengeluar produk dan penyedia perkhidmatan untuk memastikan produk dan perkhidmatan adalah SELAMAT untuk pengguna dan alam sekitar. Pematuhan kepada standard memastikan pengguna menikmati produk dan perkhidmatan yang selamat
Mengapakah kita memerlukan standard untuk teknologi nano? Ini untuk memastikan teknologi nano dibangunkan dan dipasarkan dengan kaedah yang selamat, secara bertanggunjawab dan mematuhi satu cara persetujuan dalam penamaan, dan spesifikasi nanoteknologi.
Selain itu, standard ini juga akan dapat memastikan teknologi nano diuji untuk memastikan keselamatan kepada pengguna, kesihatan dan alam sekitar dan mengkaji cara penyelengaraan teknologi nano dengan mengambil kira risiko- risiko yang akan timbul.
Sehingga kini, Malaysia sedang melakukan kerja- kerja dalam pembangunan terminologi dan tatanama dalam bidang ini dan masih memerlukan ramai pakar berhubung teknologi nano supaya standard ini dapat dibangunkan dengan lebih baik dan akan memberikan manfaat kepada kerajaan, industri serta pengguna.
Sunday, March 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment