Monday, January 25, 2010

Pendidikan khas

Pendidikan khas
Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Di Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.

Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang.

SYARAT-SYARAT
Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.

DIFINASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.

1. Kebolehan kognitif
2. Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
3. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
4. Penguasaan membaca
5. Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
6. Kemahiran Matematik
7. Daya penglihatan
8. Darjah kebolehan pendengaran
Objektif Penubuhan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran.

-Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran mendapat tempat yang sama
dalam pendidikan.
-Menempatkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran ini dalam persekitaran yang seakan-akan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
-Mengurangkan kecenderungan melabel dan menyalah label ke atas pelajar-pelajar berkeperluan khas.
-Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran menyesuaikan diri dalam semua aspek dari awal seperti kemahiran berkomunikasi, bergaul, memperkembangkan perasaan, ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling, kesihatan dan keselamatan diri, kehidupan seharian, konsep kendiri, kegiatan rekreasi, perkembangan jasmani, mengamalkan nilai-nilai murni serta mengenbangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek.
-Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.
-Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.
-Memberikan kemahiran pravokasional, supaya mendapat kemahiran asas dalam dunia pekerjaan.

No comments:

Post a Comment